Tuesday, August 9, 2022

Sinergi Habbatus Sauda dan Madu bantu Anak Demam

ANAK DEMAM


Tahukah anda madu sangat bermanfaat untuk membantu meredakan demam anak terutama demam yang berkaitan dengan jangkitan virus.

Kandungan Hidrogen peroksida, methylglyoxal, lebah defensin, keadaan pH, kesan osmotik serta leptosin diketahui bertanggungjawab untuk kesan antimikrob madu.

Akan tetapi untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, dicadangkan untuk digabungkan dengan Minyak Habbatusauda yang juga membawa kesan antimikrob yang tinggi.

Terdapat beberapa kajian mengatakan:
Sinergi atau gabungan Habbatussauda & madu pula ada peranan antivirus disamping menyokong sistem imuniti tubuh. (Prawiro et al., 2021)

Cadangan bagi pengambilan Minyak Habbatus sauda (Black Seed Oil) dan Madu Gunung Kyrgyzstan. Formulanya mengikut berat anak iaitu:

 1kg = 2 titis BSO / umur anak

Contoh anak umur 3 tahun dengan berat 10kg:
10kg = 20 titis BSO / 3
= +- 7 titis

 Campurkan 7 titis BSO + 1 sudu teh Madu diambil 3 kali sehari di dalam setengah cawan air suam. (Gunakan syringe jika ank susah untuk minum secara terus)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya : https://shope.ee/10SQl4T7GC

Olive House Shah Alam

4 Produk Olive House Bantu Anak Sihat - Set Anak Kebal

AafiyatLifestyle : ANAK ASYIK DEMAM, MAK AYAH TERTEKAN TIAP HARI KENA APPLY EL

Musim batuk demam ni, rasa tak tentu arah ibu – ibu bekerjaya bila kena sembur dengan bos sebab kerap sangat apply EL bila anak-anak tak sihat.

Sekarang ni memang musim demam sebab virus virus bermaharajalela. Yang paling merisaukan kalau dijangkiti INFLUENZA. Kalau anak anak ada simptom ni kita sebagai ibu bapa kena lah berhati hati.

  •  Demam
  • Batuk berkahak
  • Selesema

Set ANAK KEBAL insyaAllah boleh menyelesaikan masalah sakit anak-anak. Bagi yang nak mencuba InsyaAllah boleh cuba Set ANAK KEBAL yang hanya menggunakan bahan semulajadi sahaja.

Set ANAK KEBAL ni terdapat :-

  • Minyak Zaitun Olivie 30X Plus
  • Madu Gunung Kyrgyzstan
  • Minyak Habbatussauda (PROMOSI SEHINGGA 31 Ogos 2022)
  • Sari Cuka Tin (PROMOSI SEHINGGA 31 Ogos 2022)

Yes, 4 bahan ini sahaja InsyaAllah dapat membantu. Jadi tak risau jika ubat kat farmasi/klinik habis. Ini adalah remedi semulajadi yang mesti ada di setiap rumah.




Jangan risau, produk-produk ni dah terbukti secara saintifik. Buktinya :-

  1. Dalam minyak zaitun ada Hydroxytyrosol (HT), sebatian fenolik molekul kecil (yang terkandung dalam minyak zaitun serta ekstrak daun zaitun), berfungsi menyahaktifkan virus influenza A termasuk subjenis H1N1, H3N2, H5N1 dan H9N2. _(Yamada et al., 2009)_
  2. Asid asetik yang terdapat dalam sari cuka tin menyebabkan ketidakaktifan glikoprotein (terdapat pada permukaan virus influenza) _(Fraise et la., 2009)_
  3. Habbatussauda & madu pula ada peranan antivirus disamping menyokong sistem imuniti tubuh. _(Prawiro et al., 2021)_ 
Credit : CRM Olive House

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya : https://shope.ee/10SQl4T7GC

Olive House Shah Alam

Khasiat Buah Delima

TAHUKAH ANDA?
.
Buah Delima merupakan makanan sunnah dan merupakan salah satu buah syurga!
.
Terlampau banyak kajian yang telah dibuat terhadap buah delima untuk membuktikan khasiatnya. Kali ni cheta nak share antara khasiat-khasiat yang ramai orang tak tau.
.
1⃣ MENCEGAH KANSER
Ujian terhadap 50 lelaki minum jus delima setiap hari dengan kadar yang betul, berjaya mengurangkan penggandaan ukuran perkembangan kanser prostat atau Prostate Specific Antigen (PSA) .
.
2⃣ TURUNKAN PARAS KOLESTEROL
Kajian menunjukkan jus delima mengandungi dua hingga tiga kali ganda fungsi antioksida jika dibandingkan teh hijau.
.
3⃣ MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Saintis mendapati, kandungan antioksida yang tinggi secara semula jadi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
.
4⃣ MENCANTIKKAN KULIT & AWETMUDA
Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit.
.


COVID-19: MAKANAN APA YANG MEMBANTU

 Badan lesu atau rasa susah bernafas? Susah nak tidur dan batuk berpanjangan?


Cuba amalkan makanan bernutrisi tinggi yang telah dikaji membantu menyokong sistem imuniti seperti berikut:

  • Minyak zaitun mempunyai ciri-ciri antiviral yang membantu menyokong imuniti badan terhadap pelbagai mikrob berjangkit seperti jangkitan Covid-19
  •  Minyak kelapa dara (VCO) mempunyai sifat antivirus dan anti radang. Makanan yang dicampur dengan VCO berkesan mendorong pemulihan daripada jangkitan Covid-19 dengan *lebih cepat*
  • Ciri flavonoid dalam madu mengurangkan tekanan oksidatif dan melindungi daripada kerosakan tisu. Ini memberi kesan membantu pemusnahan virus dan pemulihan simptom Covid-19 dengan lebih cepat.

 Minyak habbatus sauda membantu menyokong fungsi imuniti serta mengurangkan risiko sindrom gangguan pernafasan kronik.



Rujukan:
(1) P.S, C., Kodgire, S., Paul, V., Desai, D., Kushwaha, S., Sanyal, D., & Dasgupta, S. Therapeutic potential of olive's bioactive compounds in COVID-19 disease management. https://preprints.aijr.org/index.php/ap/preprint/view/269 
(2) Angeles-Agdeppa, I., Nacis, J. S., Capanzana, M. V., Dayrit, F. M., & Tanda, K. V. Virgin coconut oil is effective in lowering C-reactive protein levels among suspect and probable cases of covid-19. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8142857/ 
(3) Ali, A. M., & Kunugi, H. Propolis, Bee Honey, and their components protect against coronavirus disease 2019 (COVID-19). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7956496/ 
(4) Esharkawy, E. R., Almalki, F., & Hadda, T. B. In vitro potential antiviral SARS-COV-19- activity of natural product thymohydroquinone and dithymoquinone from Nigella sativa. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8719923/ 

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA

 



Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) adalah minyak yang dihasilkan daripada isi kelapa. 

Bergantung kepada cara ia dihasilkannya, terdapat dua jenis minyak kelapa dara.

Minyak kelapa biasa dihasilkan dengan proses penapisan, pelunturan dan penyahbauan yang menyebabkan ia mempunyai warna kuning, tidak berbau dan tiada rasa kelapa.

Manakala minyak kelapa dara (VCO) pula dihasilkan melalui kaedah pemerahan isi kelapa tanpa menggunakan sebarang haba pemanasan. Ini menyebab VCO mengekalkan bau dan rasa kelapa. Sementara warnanya jernih.

Walaupun kedua-dua minyak ini mempunya nilai asid lemak yang sama,  tetapi minyak kelapa dara (VCO) mempunyai nutrisi dan antioksidan yang lebih tinggi dari minyak kelapa biasa. 

Dalam setiap satu sudu besar VCO mengandungi 140kCal. 

Kebanyakan asid lemak VCO terdiri daripada lemak tepu daripada asid lemak rantaian sederhana (Middle Chain Fatty Acid), yang kebanyakannya adalah asid laurik. Ia mudah terurai di dalam sistem penghadaman dan bertukar menjadi tenaga tanpa disimpan di dalam hati. Oleh itu, ia boleh menjadi sumber tenaga yang cepat. 

VCO mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas di dalam tubuh. Antaranya termasuklah asid fenolik, asid ferulik dan tocopherol.

Oleh itu VCO bagus untuk :

1. MASALAH KULIT terutamanya ekzema atau atopik dermatitis.

Kajian ke atas kanak-kanak eczema yang menggunakan VCO 2 kali sehari sebagai sapuan pada semua permukaan kulit dapat mengurangkan simptom ekzema daripada menjadi teruk. 

VCO sesuai digunakan sebagai pelembab bagi masalah kulit kering pada kulit yang normal kerana ia mampu meningkatkan kelembapan kulit.

2.  MASALAH RAMBUT. VCO 

mampu mencegah kerosakan rambut yang sering berlaku selepas mencuci rambut. Ini kerana 

VCO mempunyai asid laurik yang mengelakkan masalah rambut  menjadi kering, rapuh dan senang gugur. Asid laurik di dalam VCO juga boleh menyerap masuk ke dalam rambut dan membaiki rambut rosak dan membekalkan vitamin, mineral dan lemak sihat kepada rambut.

3. MASALAH JANTUNG. VCO mengandungi lemak tepu semulajadi yang dapat meningkatkan jumlah kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam badan sekaligus baik untuk kesihatan jantung. Terdapat  juga kajian menunjukkan bahawa pengambilan VCO tidak menyebabkan peningkatan ketara paras kolesterol LDL di dalam badan di kalangan mereka yang aktif. American Heart Association mencadangkan pengambilan  lemak tepu dari VCO hanya sebanyak  10% daripada jumlah kalori harian.


4. MASALAH OBESITI. Membantu menurunkan berat badan. VCO melambatkan rasa lapar dan mengekalkan rasa kenyang. Oleh itu VCO boleh diambil dalam diet Intermitent Fasting atau ketogenic. Dalam satu kajian pengambilan 2 sudu makan (30ml) minyak kelapa selama 12 minggu telah menunjukkan penurunan yang ketara dalam indeks jisim tubuh (BMI) dan ukur lilit pinggang bagi 40 orang wanita obes.


5. TINGGI NILAI ANTIOKSIDAN. VCO mempunyai antioksidan  seperti  asid fenolik seperti caffeic acid, syringic acid, p-coumaric acid, vanillic acid, dan asid ferulik. Ia juga mengandungi flavonoid dan vitamin seperti vitamin A dan vitamin E. Kajian mendapati bahawa VCO mampu meningkatkan tahap antioksidan dan menurunkan kandungan lipid peroksida yang boleh menyebabkan pemendakan kolesterol dalam saluran darah dan kerosakan sel di dalam tubuh.

6. BERPOTENSI MENCEGAH KANSER. VCO mempunyai aktiviti antiradang dan antioksidan yang boleh melawan sel kanser. 

7. MENCEGAH PENYAKIT ALZHEIMER.  Penyakit Alzheimer menyebabkan penurunan kebolehan otak untuk menggunakan glukosa sebagai tenaga. Keton dari penghuraian asid lemak VCO dapat menyediakan sumber tenaga alternatif bagi sel otak untuk mengurangkan simptom Alzheimer.

8. KESIHATAN TULANG. VCO dapat mencegah masalah osteoporosis (tulang rapuh). Ia menurunkan paras melondialdehyde (bahan yang boleh menyebabkan oksidatif stres di dalam tulang) dan meningkatkan paras enzim antioksidan seperti glutathione peroksida dan superoksida dismutase di dalam tulang selepas 6 minggu.

Kesimpulannya, minyak kelapa dara (VCO) mempunyai pelbagai nutrien seperti asid lemak, vitamin dan mineral yang boleh memberi manfaat kesihatan kepada tubuh badan kita. 

Minyak kelapa dara berperanan penting untuk kesihatan kulit, rambut, jantung dan tulang kita. Ia juga boleh membantu mencegah penyakit seperti penyakit Alzheimer, kanser dan juga boleh membantu menurunkan berat badan. 

Semoga bermanfaat. 

Bacaan:

Wallace, T. C. (2019). Health Effects of Coconut Oil—A Narrative Review of Current Evidence. Journal of the American College of Nutrition, 38(2), 97–107.

sumber : telegram Perkongsian Dr Zubaidi


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya : https://shope.ee/10SQl4T7GC

Olive House Shah Alam