Sunday, October 30, 2022

Kajian Menarik Berkaitan Minyak Habbatus Sauda & Diabetes

Statistik ini menunjukkan Malaysia antara negara yang menunjukkan angka tertinggi di dunia dan Asia mempunyai pesakit diabetes. Lebih membimbangkan, dijangka 7,000,000rakyat Malaysia berkemungkinan menghidap diabetes menjelang 2025.

Diabetes dapat dicegah melalui amalan gaya hidup sihat, selain boleh dikesan awal dengan saringan berkala. Amalkan pemakanan Aafiyat, gaya hidup aktif, tidak merokok serta memupuk minda sihat.

Antara kaedah bagi menjaga kesihatan daripada diabetes termasuklah gaya hidup sihat seperti;
  1. Pemakanan seimbang dan teratur
  2. Kurangkan pengambilan makanan proses dan lemak trans seperti burger, kentang goreng, makanan pastri serta marjerin
  3. Mengekalkan berat badan yang unggul
  4. Pantau bacaan gula dalam darah sekurangnya 3 bulan sekali
  5. Aktifkan diri serta bersenam sekurangnya-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu

Antara yang menarik juga adalah satu kajian klinikal pengambilan Minyak Habbatus Sauda melibatkan 70 orang sukarelawan masalah diabetes Jenis 2.

Pengambilan Minyak Habbatus Sauda sebanyak setengah sudu teh (2.5ml), 2 kali sehari selama 3 bulan menunjukkan kesan pengurangan kadar bacaan gula dalam darah termasuklah bacaan HbA1c
(Hosseini et al. 2020)




Jadi apa maksudnya?

Maksudnya kita boleh meyakini bahawa Minyak Habbatus Sauda adalah minyak sihat yang sesuai menjadi amalan bagi diet harian penghidap diabetes jenis 2 tanpa meninggalkan rawatan sedia ada yang diberikan oleh para doktor.

Apapun jangan terus ambil setengah sudu teh ya, ambil dulu dengan dos 7-11 titis dan pastikan keadaan pengguna sentiasa dipantau. Kemudian tingkatkan penggunaan secara berkala mengikut kesesuaian individu.

Menurut Melissa Joy Dobbins, seorang ‘Certified Diabetes Educator’ dari Chicago;
"Pengambilan Mineral Kalsium juga vitamin D terbukti bermanfaat dalam mengoptimumkan metabolisma glukosa,"

Selain itu, pengambilan makanan harian yang ada Mineral Kalsium dan Fitonutrien semulajadi lain dalam sumber tumbuh-tumbuhan penting untuk diambil oleh pesakit Diabetes yang alami rintangan insulin (keadaan yang menghalang glukosa memasuki sel untuk tenaga atau disimpan untuk digunakan kemudian yang menyebabkan pengumpulan glukosa dalam aliran darah).

Serbuk Kayu Manis Ceylon adalah antara jenis Rempah Ratus yang baik diambil oleh pesakit Diabetes dan bonus apabila ada mineral Kalsium. Boleh dinikmati bersama-sama Madu Asli (dengan pengambilan minima) yang boleh dimakan bersama-sama Telur Separuh Masak.Madu yang Tulen dan Asli masih tersimpan di dalamnya kepelbagaian Fitonutrien semulajadi yang bermanfaat untuk pesakit Diabetes.

Sebab itu, penting diambil cakna tentang pemakanan harian yang lebih sihat.
Usahakanlah pengambilan :
  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran- Nutrien semulajadi vitamin, mineral & serat
  2. Madu boleh diambil secara terus atau dicampur dalam air kosong dan dengan campuran Cuka Buah yang sarat dengan mineral.
  3. Lemak Sihat daripada Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ yang tinggi Sebatian Fenolik.
Berdasarkan Ujian Farmakologi yang dilakukan di Makmal Bioteknologi, Fakuliti Sains Dhar El Mahraz, University Sidi Mohamed Ben Abdellah, Fez, Morocco pada tahun 2016 menemui bahawa ekstrak daripada pohon zaitun (termasuk buahnya) adalah selamat dan menunjukkan potensi aktiviti anti-radang dan analgesik, yang setanding dengan jenis ubat yang dibuat perbandingan.

Jom cegah sebelum parah, kita mampu mengubahnya


------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya