Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts

Monday, August 6, 2018

LEVS-KIYZ, MILKBOOSTER CHEWABLE CANDY

Buat pengetahuan semua Mikkae Milk adalah rangkaian produk dari MNM (Mommy Noah Mikaiil) bukan ada Susu Kambing jer tau. Ada macam2 lagi termasuklah Levs-Kiyz Milkbooster Chewable Candy ni

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG LEVS-KIYZ, MILKBOOSTER CHEWABLE CANDY

Pada yang masih tertanya-tanya tentang apa kobondo LEVS-KIYZ nih ? Terbelit-belit lidah nak sebut ha. 😆

Produk diformulasi dengan TUJUH bahan makanan PENGGALAK susu iaitu delima, habbatus sauda, halba, susu kambing, kurma, kismis dan avocado.

Pendek kata, semua makanan PREMIUM berkhasiat tinggi untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu disamping menghasilkan susu yang BERKUALITI untuk anak-anak.

Kalau mak-mak makan, bukan setakat meningkatkan pengeluaran dan kualiti susu ibu je, ada BONUS TAMBAHAN lagi tau !

Bonus MENCANTIKKAN lagi kulit dan menambah TENAGA badan mommies. Sebab apa ? Sebab pakai pun dah bahan premium yang berkualiti tinggi, sudah tentulah kesan pun HEBAT !

Mommies yang risau-risau tentang eh bahaya ke tak, halal ke tak, memudaratkan ke tak, meh sini admin kabo, TAK PAYAH RISAU. LEVS-KIYZ dijamin HALAL, diperbuat di kilang bertaraf GMP, lulus ujian MARDI dan mematuhi akta makanan KKM.

Rasa pun sodapp. Ada mommies yang takleh nak telan susu kambing ke habbatus sauda ke, meh telan je LEVS-KIYZ ni. Gigit-gigit pun sedap. Perisa Vanilla dan ramai komen ada sikit-sikit rasa halba tu. Siap ada yang beritahu rasa macam makan nasi dagang pulak. 🙈

Dalam 1 botol ada 30 tablets tau. Kalau untuk maintain stok susu, makan sebiji sehari sebelum menyusu, cukup untuk sebulan. Kalau nak tingkatkan susu, makan 2 biji sebelum menyusu, 2 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut. Lepastu makan satu biji sehari balik untuk maintain.

Berminat ?

Whatsaap 601156254769


Penghantaran Seluruh Malaysia
COD/Pickup Shah Alam

Wednesday, June 27, 2018

Tips MNM : Anda tidak kekurangan susu ...

Tips MommyNoahMikail : Ramai mommies masih keliru dengan kuantiti susunya sendiri. Terutamanya yang direct feeding. Yang pump tu bolehla juga agak2 tengok amaunnya kan. Tapi yang direct feeding ni ?

Jadi mama ingin kongsikan perkara dan situasi yang TIDAK menandakan bahawa anda kekurangan susu :
1. Bayi menyusu dengan kerap tanda tak cukup susu ? Bayi yg menyusu susu ibu minum lebih kerap berbanding bayi yang diberi formula. Selalunya bayi menyusu susu ibu akan minum setiap 1.5-2jam

2. Ada bayi yang memang suka hisap dan sentiasa dekat dengan ibunya untuk rasa selamat. Ini adalah normal dan tidak menandakan bahawa bayi tidak cukup susu

3. Bayi tiba2 lebih kerap menyusu dan menyusu dengan lebih lama. Ini dipanggil “growth spurt” yg akan menyebabkan badan anda menghasilkan susu lebih banyak sejajar dengan umur bayi. Jika anda memberi bayi anda susu formula pada waktu ini, susu badan anda akan berkurangan kerana badan anda tidak distimulasi oleh bayi anda untuk menghasilkan lebih susu

4. Bayi anda banyak meragam. Ini adalah normal. Kadangkala tak ada sebab pun dia meragam juga.

5. Breast anda tidak lagi terasa keras seperti awal2 bayi menyusu. Ini tanda badan anda sudah adjust kepada keperluan bayi anda

6. Sangat sedikit susu keluar apabila anda pam tidak bermakna anda kekurangan susu. Human error atau machine error boleh berlaku.
Admin kongsikan 6 situasi yang biasa berlaku ini supaya mommies yang masih baru dalam menyusu dapat cakna dan tahu tentang badan dan bayinya sendiri.
Akhir kata jika bayi anda..
✅  meningkat berat dengan normal dengan penyusuan ibu sahaja
✅  membuang air besar dan air kecil dengan normal
(pempes penuh setiap kali tukar)

Maka anda tidak perlu risau apa2. InsyaAllah cukup susu untuk anak anda !
.
.

Thursday, June 7, 2018

Tips Menyusu Bayi 0-2 Minggu

#TipsParentingMNM kali ini menjawab satu persoalan yang kebanyakan ibu bapa muda hadapi.

Sewaktu anak baru lahir, dalam lingkungan 0-2 minggu, bayi lebih gemar tidur daripada menyusu. Ini menjadi masalah jika berat badan bayi tidak meningkat mengikut graf umur ataupun jika bayi mempunyai masalah kuning. (jaundice)

Untuk kedua-dua masalah diatas, ibu bapa digesa untuk kerapkan penyusuan. Di sinilah masalahnya. Bayi kuning pula memang bersifat lebih passive, lesu dan banyak tidur. Kita sebagai ibu bapa harus peka dan bantu anak untuk kerapkan pemakanan mengikut schedule.

Okay, jadi apa yang ibu bapa boleh buat apabila bayi tak nak menyusu dan lebih banyak tidur ?

1. Jangan biarkan je anak tidur atas alasan kesian. Kita sebagai orang dewasa harus mengajar bayi bila waktu makan dan kekerapan waktu makan. Bayi bawah 1 bulan selalunya menyusu badan setiap 2 jam.

2. Gunakan kain basah atau renjiskan air pada muka dan tangan bayi.

3. Tarik belakang telinga bayi sewaktu menyusu, terutamanya bila nampak bayi dah mula lali nak tidur. Tapi jangan kasar pula ya.

4. Tukar posisi menyusu atau berhenti seketika untuk sendawakan bayi, kemudian sambung penyusuan.

5. Keletek tapak kakinya, cuba ambil perhatian, bercakap atau menggunakan mainan yang berwarna terang atau berbunyi supaya bayi tidak mengantuk.

Ramai ibu bapa yang mempunyai bayi kuning mengalami masalah ini dan kebanyakan daripada mereka mesti akan memberikan alasan kesian apabila ditanya kenapa tidak gerak atau pujuk (paksa) bayi minum susu.

Bukannya kita tak sayang, sebab kita sayang lah kita pujuk agar minum susu kerap supaya cepat sembuh. Okay ? 😉



Sumber :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1691546874232132&id=385868791466620