Wednesday, January 31, 2024

Cara Minum Minyak Zaitun Yang Perlu Anda Ketahui

Umumnya mengetahui kelebihan minyak zaitun yang bukan sahaja sebagai makanan bernutrisi tinggi namun ianya boleh membantu proses menurunkan berat badan dan boleh mencantikkan kulit. Terlebih dahulu perlu pastikan ianya adalah dari jenis ‘extra virgin’ yang terbukti keasliannya.


Tips 1 – Waktu Minum Minyak Zaitun
Anda disarankan minum minyak zaitun semasa perut kosong di waktu pagi sebelum sarapan dan waktu malam sebelum tidur. Hal ini kerana usus terlebih dahulu menerima minyak zaitun dan menyerap khasiat yang ada padanya sebelum makanan lain masuk ke dalam perut. Kaedah ini berkesan untuk membantu masalah sembelit dan juga melanacarkan sistem pencernaan.

TIPS 2 – Kaedah Minum Minyak Zaitun
Penggunaan yang paling ideal untuk minum minyak zaitun adalah dengan meminumnya begitu sahaja tanpa kapsul atau menambah apa-apa medium lain. Ini kerana bagi memaksimumkan khasiat diserap terus sebaik sahaja menyentuh lidah sehinggalah ke usus.

TIPS 3 – Kekerapan Minum Minyak Zaitun
Untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa peyakit, anda disarankan untuk minum minyak zaitun 2 kali sehari iaitu 1 sudu pagi dan 1 sudu waktu malam untuk mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran. Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya, anda mungkin memerlukan sukatan yang lebih seperti 2 sudu sekali ambil dalam tempoh masa yang lebih singkat antara pengambilan.




Credit : FB Page Olive House

------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya

No comments:

Post a Comment