Wednesday, September 21, 2022

Cara pengambilan gandingan Minyak Zaitun dan Cuka Tin Olive House

 Mengapa Minyak Zaitun dan Cuka Teen ?

“Hikmah gandingan zaitun dan teen adalah kerana ianya adalah nutrisi dan keperluan asas yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.”
(Prof Zaghloul An Najjar, Pengkaji I’jaz Al Quran dan Pakar Geologi dari Mesir)_

Zaitun adalah sumber lemak sihat untuk tubuh. Lemak sihat membekalkan tenaga dan mengawalatur hormone dalam tubuh.

Cuka Buah Teen pula sebagai sumber mineral zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia bagi penghasilan sel darah merah yang baik.

Khasiat Minyak Zaitun dan Cuka Tin

Masalah sembelit? Rasa membuang tapi macam tak lawas? Anak-anak menangis sebab sukar membuang? Ya Allah kesiannya. 😭

Haa..Mesti ramai yang tak tahu khasiat gabungan Minyak Zaitun dan Cuka Tin ni kan?

Minyak Zaitun adalah sumber serat dan prebiotik yang membantu melancarkan penghadaman.

Manakala, Cuka Buah Tin pula adalah sumber probiotik atau dikenali sebagai bakteria baik yang dapat membantu proses penghadaman serta mengelakkan sembelit.



Bagaimana cara pengambilan Minyak Zaitun dan Cuka Tin ?

Sebelum Makan :Ambil 1-2 sudu besar Minyak Zaitun Olivie Plus untuk membekalkan tenaga kepada tubuh.

Selepas Makan : Bancuh 1-2 sudu besar Cuka Buah Teen dengan segelas air kosong atau jus )membantu penghadaman). Gandakan khasiat dengan sesudu the madu asli.



Keduanya sesuai untuk amalan seisi keluarga, dewasa dan kanak-kanak seawal usia 6 bulan keatas. Selamat mencuba!

Sumber : Aafiyat Knowledge Management



Semoga bermanfaat.

Sumber : Knowledge Management Aafiyat Group

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya : https://shope.ee/10SQl4T7GC

Olive House Shah Alam





Demam ? Cara Merawat di rumah

 Apakah Faktor Yang Menyebabkan Demam ?

Demam memainkan peranan penting dalam membantu badan melawan beberapa jangkitan.

Suhu normal tubuh akan berbeza-beza sepanjang hari. Faktor-faktor lain, seperti kitaran haid atau senaman berat, juga boleh memberi kesan kepada suhu badan disamping faktor-faktor berikut :-

  1. Virus
  2. Jangkitan bakteria
  3. Strok haba
  4. Sinaran matahari yang melampau
  5. Keadaan radang tertentu seperti artritis reumatoid – keradangan pada selaput sendi
  6. Tumor malignan
  7. Sesetengah ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan
  8. Sesetengah imunisasi, seperti difteria, tetanus dan pertusis atau vaksin pneumokokal
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/demam-panas-rawatan-awal/


Bagaimana Cara Merawat Demam Di Rumah?

Demam adalah sebahagian daripada pertahanan badan terhadap jangkitan. Walaupun demam bukan penyakit, jika ia melebihi suhu 40ºC (104 º F), ia boleh jadi sangat merbahaya. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan demam, tidak ada pilihan selain merawatnya di rumah. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh digunakan:

  • Rendaman & Mandi
Buat rendaman tubuh dalam tab mandi yang penuh dengan air. Air itu akan membantu menyejukkan kulit serta dapat menurunkan suhu badan.Lap badan
Selain mandi, boleh juga lap badan dengan kerap menggunakan tuala lembap. Rendamkan tuala kecil dalam air atau bancuhan cuka buah teen dan sapukan ke seluruh badan atau letak kain di dahi anda untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh demam.

  • Kurangkan suhu bilik
Mengurangkan suhu bilik mungkin boleh membuatkan anda berasa lebih selesa dan juga membantu untuk mengurangkan suhu badan anda. Atau buka tingkap agar pengudaraan berlaku dengan baik.

  • Pemilihan pakaian
Gabungan pakaian tebal dan selimut boleh memerangkap haba, dan boleh membuat demam semakin melarat. Pilihlah pakaian yang nipis dan gunakan selimut apabila berasa seram sejuk.

  • Dapatkan banyak rehat
Badan yang sedang berjuangan memerangi penyakit memerlukan banyak tenaga untuk pulih. Hadkan aktiviti yang terlalu berat dan berehat sebaiknya.

  • Kekal terhidrat (Sukat pengambilan air kosong)
Badan kita memerlukan banyak cecair untuk melawan penyakit di dalam badan anda, terutamanya jika anda berpuasa. Minum air dengan kerap sepanjang hari.

  • Amalkan Makanan Bernutrisi Tinggi
Berikan sokongan kepada sistem imunisasi dengan mengamalkan pemakanan yang sihat seperti Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Madu Asli dan Cuka Tin.

Jus delima organik antara jus buahan yang sangat baik dalam membekalkan vitamin C ketika demam disamping buah-buahan yang lain.


Selain itu, boleh amalkan makanan bernutrisi tinggi seperti Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Madu Asli dan Cuka Tin

Minyak Zaitun membekalkan tenaga ketika kita demam manakala bancuhan Cuka Buah Tin bersifat diuretik yang akan memperbanyakkan pembuangan urin sekaligus membantu penurunan suhu badan.





Semoga bermanfaat.

Sumber : Knowledge Management Aafiyat Group

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya : https://shope.ee/10SQl4T7GC

Olive House Shah Alam



TIPS SELESEMA - HABBATUS SAUDA


Titiskan Minyak Habbatus Sauda Ke Dalam Hidung


Ramai yang belum tahu khasiat istimewa Minyak Habbatus Sauda yang dicatatkan dalam Kitab Thibbun Nabawi dan juga kajian klinikal berkaitan alahan, gatal hidung, bersin dan selesema.

Disamping amalkan beberapa titis setiap pagi, boleh juga titiskan terus ke dalam hidung tau!

Jom tengok kaedahnya:





1. Disarankan untuk berada di posisi mendongakkan kepala atau berbaring, supaya minyak boleh masuk sepenuhnya kedalam hidung.

2. Gunakan dropper dari Minyak Habbatus Sauda yang khusus untuk titisan memastikan kebersihan terjaga. Basuh dan keringkan setiap kali penggunaan Atau khususkan 1 botol hanya untuk titis serta sapuan luaran.



3. Titiskan 1 titis disetiap belah 1 lubang hidung. Biarkan 5-10 saat supaya minyak mengalir masuk sepenuhnya.

4. Cuba amalkan setiap pagi (selama sekurangnya 14 hari berturut-turut) bagi mereka yang mengalami alahan dan resdung. Bagi selesema boleh buat sekali sahaja.


Bagi kanak-kanak 4 tahun kebawah (yang sukar & tak selesa untuk titis), sapukan Minyak Habbatus Sauda dikawasan hidung, dada dan juga tapak kaki.


Sumber : Knowledge Management Aafiyat Group

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya : https://shope.ee/10SQl4T7GC

Olive Housel Shah Alam