Thursday, April 23, 2020

INFLUENZA ? 3 Makanan yang mempunyai peranan antiviral

Kebanyakan doktor akan menyarankan sokongan ubatan bagi melegakan simptom penyakit influenza (ubat untuk mengurangkan simptom), contohnya demam, selesema dll.

Secara umumnya, rawatan yang biasa digunakan bagi merawat jangkitan influenza, adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Namun kita juga boleh memberikan sokongan kepada sistem imunisasi dengan makanan yang juga mempunyai peranan antiviral seperti Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda dan Madu, di samping pengambilan sayuran, buahan serta pengamalan gaya hidup sihat.

1. Minyak Zaitun
Kajian menunjukkan Hydroxytyrosol (dalam Minyak Zaitun) menyahaktifkan virus influenza A,serta menunjukkan mekanisme antivirus termasuk pada virus influenza.¹

2. Minyak Habbatus Sauda
Mempunyai peranan antivirus dan menyokong sistem imuniti.²

3. Madu
Beberapa kajian menunjukkan aktiviti antivirus madu terhadap pelbagai jenis virus seperti respiratory syncytial virus (RSV), varicella-zoster virus (VZV), adenovirus, dan virus influenza.³

Sama-samalah kita meningkatkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Marilah mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat

Sumber: Knowledege Management Aafiyat Group


Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya