Wednesday, September 21, 2022

Demam ? Cara Merawat di rumah

 Apakah Faktor Yang Menyebabkan Demam ?

Demam memainkan peranan penting dalam membantu badan melawan beberapa jangkitan.

Suhu normal tubuh akan berbeza-beza sepanjang hari. Faktor-faktor lain, seperti kitaran haid atau senaman berat, juga boleh memberi kesan kepada suhu badan disamping faktor-faktor berikut :-

  1. Virus
  2. Jangkitan bakteria
  3. Strok haba
  4. Sinaran matahari yang melampau
  5. Keadaan radang tertentu seperti artritis reumatoid – keradangan pada selaput sendi
  6. Tumor malignan
  7. Sesetengah ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan
  8. Sesetengah imunisasi, seperti difteria, tetanus dan pertusis atau vaksin pneumokokal
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/demam-panas-rawatan-awal/


Bagaimana Cara Merawat Demam Di Rumah?

Demam adalah sebahagian daripada pertahanan badan terhadap jangkitan. Walaupun demam bukan penyakit, jika ia melebihi suhu 40ºC (104 º F), ia boleh jadi sangat merbahaya. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan demam, tidak ada pilihan selain merawatnya di rumah. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh digunakan:

  • Rendaman & Mandi
Buat rendaman tubuh dalam tab mandi yang penuh dengan air. Air itu akan membantu menyejukkan kulit serta dapat menurunkan suhu badan.Lap badan
Selain mandi, boleh juga lap badan dengan kerap menggunakan tuala lembap. Rendamkan tuala kecil dalam air atau bancuhan cuka buah teen dan sapukan ke seluruh badan atau letak kain di dahi anda untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh demam.

  • Kurangkan suhu bilik
Mengurangkan suhu bilik mungkin boleh membuatkan anda berasa lebih selesa dan juga membantu untuk mengurangkan suhu badan anda. Atau buka tingkap agar pengudaraan berlaku dengan baik.

  • Pemilihan pakaian
Gabungan pakaian tebal dan selimut boleh memerangkap haba, dan boleh membuat demam semakin melarat. Pilihlah pakaian yang nipis dan gunakan selimut apabila berasa seram sejuk.

  • Dapatkan banyak rehat
Badan yang sedang berjuangan memerangi penyakit memerlukan banyak tenaga untuk pulih. Hadkan aktiviti yang terlalu berat dan berehat sebaiknya.

  • Kekal terhidrat (Sukat pengambilan air kosong)
Badan kita memerlukan banyak cecair untuk melawan penyakit di dalam badan anda, terutamanya jika anda berpuasa. Minum air dengan kerap sepanjang hari.

  • Amalkan Makanan Bernutrisi Tinggi
Berikan sokongan kepada sistem imunisasi dengan mengamalkan pemakanan yang sihat seperti Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Madu Asli dan Cuka Tin.

Jus delima organik antara jus buahan yang sangat baik dalam membekalkan vitamin C ketika demam disamping buah-buahan yang lain.


Selain itu, boleh amalkan makanan bernutrisi tinggi seperti Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Madu Asli dan Cuka Tin

Minyak Zaitun membekalkan tenaga ketika kita demam manakala bancuhan Cuka Buah Tin bersifat diuretik yang akan memperbanyakkan pembuangan urin sekaligus membantu penurunan suhu badan.





Semoga bermanfaat.

Sumber : Knowledge Management Aafiyat Group

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya : https://shope.ee/10SQl4T7GC

Olive House Shah Alam



No comments:

Post a Comment