Tuesday, August 9, 2022

COVID-19: MAKANAN APA YANG MEMBANTU

 Badan lesu atau rasa susah bernafas? Susah nak tidur dan batuk berpanjangan?


Cuba amalkan makanan bernutrisi tinggi yang telah dikaji membantu menyokong sistem imuniti seperti berikut:

  • Minyak zaitun mempunyai ciri-ciri antiviral yang membantu menyokong imuniti badan terhadap pelbagai mikrob berjangkit seperti jangkitan Covid-19
  •  Minyak kelapa dara (VCO) mempunyai sifat antivirus dan anti radang. Makanan yang dicampur dengan VCO berkesan mendorong pemulihan daripada jangkitan Covid-19 dengan *lebih cepat*
  • Ciri flavonoid dalam madu mengurangkan tekanan oksidatif dan melindungi daripada kerosakan tisu. Ini memberi kesan membantu pemusnahan virus dan pemulihan simptom Covid-19 dengan lebih cepat.

 Minyak habbatus sauda membantu menyokong fungsi imuniti serta mengurangkan risiko sindrom gangguan pernafasan kronik.



Rujukan:
(1) P.S, C., Kodgire, S., Paul, V., Desai, D., Kushwaha, S., Sanyal, D., & Dasgupta, S. Therapeutic potential of olive's bioactive compounds in COVID-19 disease management. https://preprints.aijr.org/index.php/ap/preprint/view/269 
(2) Angeles-Agdeppa, I., Nacis, J. S., Capanzana, M. V., Dayrit, F. M., & Tanda, K. V. Virgin coconut oil is effective in lowering C-reactive protein levels among suspect and probable cases of covid-19. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8142857/ 
(3) Ali, A. M., & Kunugi, H. Propolis, Bee Honey, and their components protect against coronavirus disease 2019 (COVID-19). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7956496/ 
(4) Esharkawy, E. R., Almalki, F., & Hadda, T. B. In vitro potential antiviral SARS-COV-19- activity of natural product thymohydroquinone and dithymoquinone from Nigella sativa. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8719923/ 

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA

 



Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) adalah minyak yang dihasilkan daripada isi kelapa. 

Bergantung kepada cara ia dihasilkannya, terdapat dua jenis minyak kelapa dara.

Minyak kelapa biasa dihasilkan dengan proses penapisan, pelunturan dan penyahbauan yang menyebabkan ia mempunyai warna kuning, tidak berbau dan tiada rasa kelapa.

Manakala minyak kelapa dara (VCO) pula dihasilkan melalui kaedah pemerahan isi kelapa tanpa menggunakan sebarang haba pemanasan. Ini menyebab VCO mengekalkan bau dan rasa kelapa. Sementara warnanya jernih.

Walaupun kedua-dua minyak ini mempunya nilai asid lemak yang sama,  tetapi minyak kelapa dara (VCO) mempunyai nutrisi dan antioksidan yang lebih tinggi dari minyak kelapa biasa. 

Dalam setiap satu sudu besar VCO mengandungi 140kCal. 

Kebanyakan asid lemak VCO terdiri daripada lemak tepu daripada asid lemak rantaian sederhana (Middle Chain Fatty Acid), yang kebanyakannya adalah asid laurik. Ia mudah terurai di dalam sistem penghadaman dan bertukar menjadi tenaga tanpa disimpan di dalam hati. Oleh itu, ia boleh menjadi sumber tenaga yang cepat. 

VCO mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas di dalam tubuh. Antaranya termasuklah asid fenolik, asid ferulik dan tocopherol.

Oleh itu VCO bagus untuk :

1. MASALAH KULIT terutamanya ekzema atau atopik dermatitis.

Kajian ke atas kanak-kanak eczema yang menggunakan VCO 2 kali sehari sebagai sapuan pada semua permukaan kulit dapat mengurangkan simptom ekzema daripada menjadi teruk. 

VCO sesuai digunakan sebagai pelembab bagi masalah kulit kering pada kulit yang normal kerana ia mampu meningkatkan kelembapan kulit.

2.  MASALAH RAMBUT. VCO 

mampu mencegah kerosakan rambut yang sering berlaku selepas mencuci rambut. Ini kerana 

VCO mempunyai asid laurik yang mengelakkan masalah rambut  menjadi kering, rapuh dan senang gugur. Asid laurik di dalam VCO juga boleh menyerap masuk ke dalam rambut dan membaiki rambut rosak dan membekalkan vitamin, mineral dan lemak sihat kepada rambut.

3. MASALAH JANTUNG. VCO mengandungi lemak tepu semulajadi yang dapat meningkatkan jumlah kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam badan sekaligus baik untuk kesihatan jantung. Terdapat  juga kajian menunjukkan bahawa pengambilan VCO tidak menyebabkan peningkatan ketara paras kolesterol LDL di dalam badan di kalangan mereka yang aktif. American Heart Association mencadangkan pengambilan  lemak tepu dari VCO hanya sebanyak  10% daripada jumlah kalori harian.


4. MASALAH OBESITI. Membantu menurunkan berat badan. VCO melambatkan rasa lapar dan mengekalkan rasa kenyang. Oleh itu VCO boleh diambil dalam diet Intermitent Fasting atau ketogenic. Dalam satu kajian pengambilan 2 sudu makan (30ml) minyak kelapa selama 12 minggu telah menunjukkan penurunan yang ketara dalam indeks jisim tubuh (BMI) dan ukur lilit pinggang bagi 40 orang wanita obes.


5. TINGGI NILAI ANTIOKSIDAN. VCO mempunyai antioksidan  seperti  asid fenolik seperti caffeic acid, syringic acid, p-coumaric acid, vanillic acid, dan asid ferulik. Ia juga mengandungi flavonoid dan vitamin seperti vitamin A dan vitamin E. Kajian mendapati bahawa VCO mampu meningkatkan tahap antioksidan dan menurunkan kandungan lipid peroksida yang boleh menyebabkan pemendakan kolesterol dalam saluran darah dan kerosakan sel di dalam tubuh.

6. BERPOTENSI MENCEGAH KANSER. VCO mempunyai aktiviti antiradang dan antioksidan yang boleh melawan sel kanser. 

7. MENCEGAH PENYAKIT ALZHEIMER.  Penyakit Alzheimer menyebabkan penurunan kebolehan otak untuk menggunakan glukosa sebagai tenaga. Keton dari penghuraian asid lemak VCO dapat menyediakan sumber tenaga alternatif bagi sel otak untuk mengurangkan simptom Alzheimer.

8. KESIHATAN TULANG. VCO dapat mencegah masalah osteoporosis (tulang rapuh). Ia menurunkan paras melondialdehyde (bahan yang boleh menyebabkan oksidatif stres di dalam tulang) dan meningkatkan paras enzim antioksidan seperti glutathione peroksida dan superoksida dismutase di dalam tulang selepas 6 minggu.

Kesimpulannya, minyak kelapa dara (VCO) mempunyai pelbagai nutrien seperti asid lemak, vitamin dan mineral yang boleh memberi manfaat kesihatan kepada tubuh badan kita. 

Minyak kelapa dara berperanan penting untuk kesihatan kulit, rambut, jantung dan tulang kita. Ia juga boleh membantu mencegah penyakit seperti penyakit Alzheimer, kanser dan juga boleh membantu menurunkan berat badan. 

Semoga bermanfaat. 

Bacaan:

Wallace, T. C. (2019). Health Effects of Coconut Oil—A Narrative Review of Current Evidence. Journal of the American College of Nutrition, 38(2), 97–107.

sumber : telegram Perkongsian Dr Zubaidi


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya : https://shope.ee/10SQl4T7GC

Olive House Shah Alam

Monday, July 6, 2020

Kenapa Anda Perlu Amalkan Minyak Habbatus Sauda ?

Apa kata pengguna? "Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan bertambah baik selepas amal Black Seed Oil (BSO) "

Ramai mula berkongsi pengalaman indah menggunakan Black Seed Oil (BSO) atau lebih sinonim lagi dengan nama Minyak Habbatus Sauda.

Habbatus Sauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa dihasilkan dengan menggunakan proses “Mechanical Cold-Pressed” yang mengekalkan manfaat minyak ini.

Minyak Habatus Sauda Olive House memiliki rasa yang unik tanpa memeritkan tekak menjadikannya mudah untuk diambil oleh sesiapa sahaja kanak-kanak mahupun dewasa.

Minyak ini diimport dari Izmir, Turki dan mendapat pengiktirafan MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Khasiat Vitamin E nya tinggi. Kita boleh mendapat manfaat Vitamin E dengan hanya 5 titis samada dititis pada madu bercampur air suam, dititis pada minuman kesukaan kita baik kopi mahupun teh atau minuman lainnya.

Untuk mendapat khasiat yang optimum disarankan dititis di bawah lidah dengan kadar 1-5 titis. Walaubagaimanapun memandangkan sifat minyak ini yang agak panas, maka disarankan kita minum air secukupnya.

Jom sama-sama kita beramal dengan bijirin hitam yang digalakkan oleh nabi kita Muhammad saw sebagai menu harian kita sekeluarga. Pastikan ada sekurangnya 1 botol BSO di rumah kita dan hadiahkan juga pada insan-insan yang kita sayang.





Antara Testimoni Pelanggan 

 

Ikhtiar Bersama Minyak Habbatus Sauda (BSO)

“guna BSO, asma berkurang”
“titis BSO, batuk cepat baik & jeragat makin pudar”
“bengkak di mulut cepat surut”

Minyak habbatus sauda (BSO) bukan sahaja merawat sakit luaran malah banyak membantu merawat secara dalaman.

Kandungan bahan-bahan antioksida yang terdapat di dalamnya mampu memberi manfaat kepada kesihatan dalaman. BSO juga mengandungi beberapa kandungan yang sangat diperlukan tubuh badan seperti mineral dan serat yang dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.




Harga RM29.90 sahaja

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya : https://shope.ee/10SQl4T7GC

Olive House Shah Alam

Thursday, April 23, 2020

INFLUENZA ? 3 Makanan yang mempunyai peranan antiviral

Kebanyakan doktor akan menyarankan sokongan ubatan bagi melegakan simptom penyakit influenza (ubat untuk mengurangkan simptom), contohnya demam, selesema dll.

Secara umumnya, rawatan yang biasa digunakan bagi merawat jangkitan influenza, adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Namun kita juga boleh memberikan sokongan kepada sistem imunisasi dengan makanan yang juga mempunyai peranan antiviral seperti Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda dan Madu, di samping pengambilan sayuran, buahan serta pengamalan gaya hidup sihat.

1. Minyak Zaitun
Kajian menunjukkan Hydroxytyrosol (dalam Minyak Zaitun) menyahaktifkan virus influenza A,serta menunjukkan mekanisme antivirus termasuk pada virus influenza.¹

2. Minyak Habbatus Sauda
Mempunyai peranan antivirus dan menyokong sistem imuniti.²

3. Madu
Beberapa kajian menunjukkan aktiviti antivirus madu terhadap pelbagai jenis virus seperti respiratory syncytial virus (RSV), varicella-zoster virus (VZV), adenovirus, dan virus influenza.³

Sama-samalah kita meningkatkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Marilah mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat

Sumber: Knowledege Management Aafiyat Group


Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya

Thursday, January 3, 2019

Patutkah Penggunaan Walker, Baby Bouncer dan Jumper ?

Ada banyak kontroversi tentang penggunaan walker, baby bouncer dan jumper.
Terdapat banyak juga kemalangan bayi yang melibatkan penggunaan produk ini.
Jadi persoalannya, patutkah ibu-ibu menggunakan produk ini ?
Boleh. Tapi, MODERATION is key. Dengan kata lain, bersederhanalah dengan penggunaannya.
Jom admin rungkaikan sedikit bahaya penggunaan produk ini supaya ibu-ibu boleh cakna dan elak mana yang boleh.
Ibu perasan tak kalau letak bayi kat dalam produk ini, bahagian atas badan mereka akan senget ke hadapan kerana tidak dapat mengangkat berat badan mereka sendiri ? Malah, mereka kebanyakannya akan menggunakan hujung kaki untuk cubaan berdiri. Posisi ini tidak bagus untuk mereka belajar mengimbangkan diri sendiri dan untuk berdiri/berjalan.
Bayangkan jika anda cuba berjalan sambil separuh badan atas senget kehadapan, dan hanya menggunakan hujung kaki. Sukar bukan ?
Walker yang mobil dan boleh bergerak dengan pergerakan bayi boleh menyebabkan kemalangan. Sudah banyak kemalangan berlaku, tersadung perabot, terjatuh tangga, terjatuh di pintu dan macam2 lagi.
Ada negara seperti Canada yang telah mengharamkan penggunaan baby walker sejak tahun 2004. Sesiapa yang menggunakannya boleh didenda sehinga 100 ribu Canadian Dollar atau masuk penjara 6 bulan.
Menakutkan kan ? Tapi macamana pun, seperti yang admin kata, yang paling penting adalah KESEDERHANAAN dan pastikan penjaga sentiasa berdekatan dan fokus dengan bayi yg sedang menggunakan produk tersebut.
Sebaik-baiknya pastikan bayi tidak berada didalam produk ini lebih dari 15 minit pada satu-satu masa dan tidak melebihi 2 jam sehari. Lebihkan kepada floor play / tummy play, biarkan anak explore dan play sambil cuba mengangkat badannya sendiri.
Admin harap artikel ini membantu ibu-ibu membuat pilihan ya. ðŸ˜‰
Credit : FB Page MNM Mommy Noah Mikail
=======================================================================
Berminat dengan Susu Kambing Mikkae atau Produk MNM?
Whatsaap saya di 01156254769 atau Click : www.wasap.my/601156254769
Penghantaran Seluruh Malaysia
COD/Pickup Shah Alam
Susu Mikkae Shah Alam