Wednesday, June 27, 2018

Tips MNM : Anda tidak kekurangan susu ...

Tips MommyNoahMikail : Ramai mommies masih keliru dengan kuantiti susunya sendiri. Terutamanya yang direct feeding. Yang pump tu bolehla juga agak2 tengok amaunnya kan. Tapi yang direct feeding ni ?

Jadi mama ingin kongsikan perkara dan situasi yang TIDAK menandakan bahawa anda kekurangan susu :
1. Bayi menyusu dengan kerap tanda tak cukup susu ? Bayi yg menyusu susu ibu minum lebih kerap berbanding bayi yang diberi formula. Selalunya bayi menyusu susu ibu akan minum setiap 1.5-2jam

2. Ada bayi yang memang suka hisap dan sentiasa dekat dengan ibunya untuk rasa selamat. Ini adalah normal dan tidak menandakan bahawa bayi tidak cukup susu

3. Bayi tiba2 lebih kerap menyusu dan menyusu dengan lebih lama. Ini dipanggil “growth spurt” yg akan menyebabkan badan anda menghasilkan susu lebih banyak sejajar dengan umur bayi. Jika anda memberi bayi anda susu formula pada waktu ini, susu badan anda akan berkurangan kerana badan anda tidak distimulasi oleh bayi anda untuk menghasilkan lebih susu

4. Bayi anda banyak meragam. Ini adalah normal. Kadangkala tak ada sebab pun dia meragam juga.

5. Breast anda tidak lagi terasa keras seperti awal2 bayi menyusu. Ini tanda badan anda sudah adjust kepada keperluan bayi anda

6. Sangat sedikit susu keluar apabila anda pam tidak bermakna anda kekurangan susu. Human error atau machine error boleh berlaku.
Admin kongsikan 6 situasi yang biasa berlaku ini supaya mommies yang masih baru dalam menyusu dapat cakna dan tahu tentang badan dan bayinya sendiri.
Akhir kata jika bayi anda..
✅  meningkat berat dengan normal dengan penyusuan ibu sahaja
✅  membuang air besar dan air kecil dengan normal
(pempes penuh setiap kali tukar)

Maka anda tidak perlu risau apa2. InsyaAllah cukup susu untuk anak anda !
.
.

No comments:

Post a Comment